Batteriser adalah sejenis lengan mikro-nipis yang pertama di dunia yang boleh dipasang ke atas bateri anda dan serta-merta memanjangkan hayat bateri sehingga 8x. Kebanyakan peranti hanya memanfaatkan sebahagian kecil daripada tenaga bateri. Batteriser mengeluarkan tenaga yang masih ada yang biasanya dibuang.
Batteriser datang dalam variasi saiz AA, AAA, C, dan D, dan mempunyai reka bentuk mikro-nipis untuk dipasang pada bateri dan mudah untuk dimasukkan ke dalam petak bateri peranti anda dengan lebih kemas. Batteriser untuk variasi saiz 9V akan dikeluarkan pada tahun hadapan.
Batteriser adalah pengurusan voltan dan mekanisme penyampaian peranti pintar diperbuat daripada keluli tahan karat yang nipis supaya mudah dipasang dengan kemas ke dalam petak bateri peranti anda.
Sejumlah besar bateri dibuang masih mempunyai banyak tenaga tertinggal di dalam. Menggunakan litar eksklusif untuk mengekalkan voltan keluaran yang optimum, Batteriser membolehkan peranti anda untuk mengakses tenaga yang belum diterokai dalam bateri dan menjadikannya tahan lebih lama.
Batteriser boleh memberi perbezaan dramatik pada bateri baru dan bateri kebanyakkan bateri terpakai. Batteriser cenderung untuk mempunyai kesan yang lebih dramatik dengan peranti tinggi penggunaan kuasa bateri, namun kami yakin anda akan menikmati peningkatan besar jangka hayat bateri dengan Batteriser.
Batteriser menjimatkan wang dengan mengurangkan bilangan bateri anda perlu beli. Selagi anda menjaga Batteriser anda, ia boleh digunakan semula. Jumlah wang yang anda simpan dengan Batteriser bergantung kepada berapa banyak kos bateri, dan bagaimana efektif penggunaan Batteriser dengan peranti anda.
Anda boleh mendapatkan Batteriser dengan menyokong projek ini di laman Indiegogo dengan harga bermula dari US$20. Penghantaran ke seluruh dunia dijangka bermula pada November 2015.
Produk : Gajet (Peningkatan Gaya Hidup)
Laman kempen : Indiegogo
Harga : Bermula dari US$20