TERKINI

Wednesday, September 2, 2015

Alat Ini Boleh Menukar TV Anda Menjadi Tablet Android Besar


Ini memang satu idea menarik. Hanya pasang satu alat yang diberi nama Touchjet Wave ini pada bahagian atas TV skrin pipih sama ada LED atau LCD dan TV tersebut bertukar menjadi sebuah tablet android yang besar. Wow!

Alat ini menggunakan sistem pengoperasi Android 4.4 KitKat dan diperkasakan pemproses 1.2 GHz empat teras ARM Cortex-A9, RAM 1 Gigabyte. Touchjet Wave ini mempunyai muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte. Di datangkan dengan dua port USB 2.0 dan satu port MikroUSB yang menyokong fungsi USB OTG. Menggunakan HDMI output, Touchjet Wave ini menyokong skrin bersaiz 20 inci sehingga 80 inci.



Peranti ini boleh membantu dalam meningkatkan produktiviti kerja seharian dan juga boleh digunakan untuk berhibur. Anda boleh gunakannya untuk menggantikan papan putih ketika perbincangan/mengajar, boleh menonton filem dan juga boleh digunakan untuk bermain permainan telefon seperti CoC! Menarik bukan? Ia juga menyokong perkongsian file dari peranti lain.


Sekiranya anda ingin bermalas-malas dan tidak mahu berdiri dan sentuh pada skrin TV, anda boleh mengawal melalui app yang dibina khas untuk peranti android dan iOS yang anda miliki.


Anda boleh menjadi orang terawal memiliki alat ini dengan membantu dan menyokong projek ini di laman indiegogo dengan kos dari US$129.


Bagaimana? Tidakkah Touchjet Wave ini membuatkan anda berkata "Diam dan ambil duitku"?

Produk : Gajet
Laman kempen : Indiegogo
Harga : Bermula dari US$129

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2015 AmbilDuitKu.