TERKINI

Tuesday, September 1, 2015

Baubax - Jaket Idaman Pengembara Tegar

15 fungsi Jaket Baubax
15 fungsi Jaket Baubax
Bagi mereka yang gemar atau kerap mengembara, pasti mengimpikan sehelai jaket yang mempunyai pelbagai kegunaan dan banyak poket. Dan semestinya jaket Baubax adalah jaket idaman pengembara sebagai teman rapat sepanjang pengembaraan. Kami pasti, setelah anda mengenali Jaket Baubax ini anda pastikan berkata "Diam dan ambil duitku!".



Jaket Baubax dicipta dengan 15 fungsi menarik yang amat berbeza dengan jaket biasa.


15 fungsi menarik itu adalah :
  • Bantal leher yang boleh di kembungkan dalam tempoh 2 saat dan boleh di kempiskan dengan sekali picit.
  • Topeng mata.
  • Poket untuk air minuman.
  • Kain mikrofiber untuk membersihkan cermin mata.
  • Poket untuk cermin mata hitam.
  • Poket untuk iPad.
  • Poket yang mempunyai keupayaan memanaskan tangan.
  • Pemegang earphone.
  • Poket untuk telefon bimbit/pintar.
  • Zip yang juga pen & stylus.
  • Poket untuk paspot.
  • Poket untuk selimut.
  • Sarung tangan terbina di bahagian lengan jaket.
  • Poket untuk powerbank.
BACA : Topeng Anti-Jerebu Yang Cool - Anda Boleh Bergaya Seperti Seorang Ninja!

Jaket Baubax ini datang dengan pilihan 4 jenis jaket iaitu :
  1. Sweatshirt
  2. Windbreaker
  3. Bomber
  4. Blazer
4 pilihan Jaket Baubax
4 pilihan Jaket Baubax


Anda boleh mendapatkan jaket yang sangat bergaya ini dengan menyokong projek mereka di laman kickstarter. Cepat dapatkan sebelum kempen mereka tamat!

Produk : Jaket (Fesyen)
Laman kempen : kickstarter
Harga : Bermula dari US$89

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2015 AmbilDuitKu.